24 June 2011 • 5:59 PM

Assalamualaikum + Hello + Annyeong + Marhaba + Namaste + Konichiwa + Hola . awak awak , ite dah balik dari Umrah , Alhamdulillah semua selamat sampai kat sana dan balik kat sini . mungkin post nie terlalu panjang sebab saya nak menceritakan kisah saya kt sana . kalau terlalu panjang , minta maaf erk .

first , kitaorang pergi sana dengan Andalusia Travel , diorang yang uruskan semua kat Madinah n Makkah . group saya ade 78 orang . kitaorang semua naik flight Arab Saudi . woo , best der . kaya oh Arab , setiap seat die letak tv kecik kat situ , memang best la kan . sebaik ada cerita best kat situ . saya tengok dua cerita iaitu Toy Story and The Forbidden Kingdom . best cerita tu , cita pasal lawan² , hehe . oh lupa nak cakap , saya flight dari Malaysia pukul 3 ptg smpai kat Jeddah dalam pukul 10.30 malam waktu kat sana . lepas tu , terus pergi Madinah , 5 jam oh pergi sana . Mutawif kitaorang orang Indonesia + baik + comeil hehe . dia memang best la , die duduk kat Makkah . and die yang bawa kitaorang ziarah tempat² bersejarah kt Makkah n Madinah .

kitaorang semua sampai kat Madinah pukul 3 lebih , dah masuk waktu Subuh . waktu solat kat Madinah and Makkah cepat tau . and nak bagitau nie , kalau kat Malaysia pukul 12 tgh malam , kat Makkah baru nak masuk waktu Maghrib . kalau kat Malaysia pukul 3 pagi , kat Makkah baru pukul 10 malam hoho .

dipendekkan cerita , kitaorang dibawa melawat kat Madinah . ada ziarah dalam n ziarah luar . ziarah dalam means ziarah kat dalam Masjid Nabawi saje . kitaorang tak dapat masuk Makam Nabi sebab mestilah ramai , perempuan tak boleh masuk kat Makam Nabi . esoknya pulak , ziarah luar . kitaorang pergi Bukit Uhud , Masjid Quba' , Masjid Qiblatain and byk lagilah . memang best .
Masjid Quba'
Bukit Uhud
kitaorang dekat Madinah just 3 hari . ha nak cite . saya dengan mak nak pergi tengok Makam Nabi tau tapi kan tak boleh . so kitaorang masuk Raudah , kat tempat tu memang doa dikabulkan , Amin . nak masuk dalam tu , Ya ALLAH sesak . ade la orang tu tgh sembahyang kan , ade sorang lagi tolak dia , kesian dia saya tengok . tapi Alhamdulillah , saya dgn mak saya tak ada apa² . lepas tu , kitaorang pergi tengok Jalan Magnet . tak paham ? macam gini . bila kita naik kenderaan , nanti kenderaan tu jalan sendiri . kita takpayah bawa , dia mmg bawak sndiri . best oh , hari tu time tengah bas jalan sndiri , tiba² dia stop pastu jalan ke belakang haha , comeil je lols ! tu la kuasa ALLAH , bagi kita dapat tengok apa yang Dia bagi :') . ok just tu je pasal Madinah .
in front of Al-Fayrouz Hotel , Madinah
ok pasal Makkah pulak . kitaorang duduk kat sana dalam 10 hari . memang best gila la . dapat jumpa Kaabah hari² , Alhamdulillah . dari Madinah ke Makkah 5 jam macam tu la . sampai Makkah dalam pukul 10.30 malam . kitaorang terus buat Umrah . first time tengok Kaabah , cantik sangat Subhanallah . masa saya Tawaf kan , saya lalu belakang Makam Ibrahim hehe . lepas dah Tawaf tu , saya berdoa dpn Kaabah , kat tempat yg dimakbulkan doa . adalah saya doa pasal .... (secret) termasuk pasal jodoh hoho . pas tu , saya doakan apa yg kawan² kat facebook kirim . lepas Tawaf , minum air Zam Zam , wah lega . then , buat Saie antara bukit Safa n Marwah . walaupun penat tapi best gilak . buat Saie nie , boleh kuruskan badan tau . saya rasa saya dah semakin kurus haha . saya buat Umrah 6 kali , wuhoo . lepas Umrah , saya beli Aiskrim , sedap der .
Bukit Safa
mula² kan , saya pikir kena Saie atas bukit . rupanya , dah ada jalan means kerajaan Arab dah buat jalan biasa untuk kita Saie . kerajaan ada tinggalkan bukit Safa n Marwah sikit , tengok atas tu . and hari ke berapa entah , kitaorang semua pergi ziarah kat luar . pergi Ladang Unta , Jabal Rahmah , Jabal Nur , Jabal Tsur ngn byk lagi . kat Jabal Rahmah kan , gila penat oh naik tangga tapi Alhamdulillah sampai jugak atas sekali . saya doa kat situ , semoga saya dapat jodoh yang baik , lelaki yg baik² hehe , Amin  
Jabal Rahmah
Ladang Unta
kemudian , kitaorang pergi Muzium Makkah . dalam Muzium tu ada macam² like Pintu Kaabah yang lama (maybe) , Telaga Zam Zam dan lain2 .
Telaga Zam Zam
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad tu , saya taktau betul ke tak . maybe just dia tunjuk macam mana bentuk Hajarul Aswad yang sebenar . cakap pasal Hajarul Aswad , saya tak dapat pon cium dia :'( . tapi takpelah , orang yang sabar disayang ALLAH :') . ramai gila nak cium batu dari Syurga tu . saya nak pergi tapi terlalu ramai . saya takut oh kalau ade orang pergi , pastu main² tolak . saya takut kalau ada orang tercedera , kesian diorang . pas tu an , Mutawif cakap kalau ada orang cuba bunuh seseorang , balasannya kerajaan akan bunuh dia jugak . faham tak ? tak erk . cam nie , contohnya , nie contoh je tau ; saya bunuh blabla , lepas tu kerajaan pulak bunuh saya . ha gitu la maksud saya . kalau ade orang mencuri , kerajaan akan potong tangan dia . senang je balasannya dia kan D: haha . ok semalam saya sampai Malaysia . dari sane naik flight pukul 11 mlm waktu sana smpai sini dalam pukul 12:45 tgh hari . jangan risau , saya dah doakan awak awak semua depan Kaabah hehe :-D . and sekarang kerajaan tengah besarkan lagi Masjidil Haram sebab diorang nak tampung ramai orang lagi yg nak datang kt situ .
Kaabah
Makkah Clock Royal Tower Hotel
Menara nie kan gila lawa especially waktu malam . wah warna hijau , lip lap lip lap haha . kat atas jam tu ada tulis nama ALLAH :'D . ok dah tu je cerita saya . semoga awak suka erk post nie , Amin hihihi . sorry la , gambar actually byk lagi just malas nak tunjuk . and time kat Madinah , camera tak boleh bawak masuk kt Masjid Nabawi , diorang tak bagi , so tak banyak amik sangat :/ .
p.s = = > i miss Rasullullah and Kaabah . insyaALLAH kalau ada peluang , saya akan pergi lagi Amin :')
love from ;
♥ Nur Syuhada Selamat 




Welcome.

TA-DA~ Welcome everyone ◕_◕


The Story
Profile
Kpop


Let's Chat.



A Little Chance.

May 28th, 2011 : Super Junior M

May 25th, 2012 : U-Kiss

May 26th, 2012 : Teen Top & Dalshabet

Jan 10th, 2014 : Super Junior's Kyuhyun & Kangin

Apr 27th, 2014 : AlphaBAT

Thanks To.

Best Viewed : Google Chrome

Template : Aulia Septiya

Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera

Background : Photobucket